Sekolah-sekolah yang berhampiran dengan sekolah ini ialah SJK (C) Kg. Baru Gedok dan SK Dato’ Abdullah. Sementara sekolah menengah yang berhampiran dengan sekolah ini pula ialah SMK Dato’ Mohd Taha dan SMA Maahad Ahmadi.
Pada mulannya, sekolah ini mempunyai dua blok satu tingkat yang menempatkan bangunan pentadbiran dan kelas. Pada 28 September 2009, pembinaan 2 blok bangunan baru yang terdiri daripada satu blok bangunan 2 tingkat untuk pentadbiran dan satu blok bangunan 3 tingkat untuk kelas dan bilik-bilik khas telah dimulakan. Pada 13 Oktober 2009, bangunan tersebut telah siap dan diserahkan kepada pihak sekolah untuk digunakan sehingga sekarang.
Di antara kecemerlangan dalam kurikulum ialah lulus 100% untuk semua mata pelajaran dalam peperiksaan UPSR 2001, pencapaian dalam UPSR 2005 dengan 5 orang mendapat keputusan 5A dan pencapaian dalam UPSR 2008 dengan 5 orang mendapat keputusan 5A dan 1.79 untuk Gred Purata Sekolah.