Kami warga Sekolah Kebangsaan Gedok, dengan penuh tekad dan iltizam, berjanji dan berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:
- berusaha dengan sedaya upaya memberi perkhidmatan pendidikan yang memuaskan kepada anak-anak didik kami.
- memberi perkhidmatan dan layanan mesra kepada setiap tetamu.
- memberi maklumat-maklumat kepada pihak berkenaan pada atau sebelum tarikh yang ditetapkan.
- dalam kes-kes disiplin dan pembelajaran yang serius, kami akan menghubungi ibu bapa atau penjaga dalam tempoh tidak lewat daripada 3 hari.
- semua aduan diberi perhatian dengan segera atau tarikh yang ditetapkan.
- memberi perhatian dan tindakan segera terhadap kes-kes kemalangan dan sakit dalam kalangan murid-murid yang berlaku di dalam kawasan sekolah.
- mengamalkan tatacara kawalan disiplin yang sesuai dan adil untuk murid-murid.
- bersedia dan mengaturkan perbincangan dengan ibu bapa atau penjaga tentang kemajuan pelajaran anak-anak sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.