TUJUAN
Sebagai salah satu aktiviti yang dijalankan mengikut takwim Panitia Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Gedok.
OBJEKTIF
1. Murid menguasai Bahasa Melayu dengan lebih baik dan bertatasusila.
2. Murid lebih sedar tentang kepentingan memantapkan penguasaan Bahasa Melayu.
3. Murid lebih menghargai dan mencintai Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
4. Murid mengetahui pelbagai genre sastera yang terdapat di dalam Bahasa Melayu.
TEMA
Bersama Memantapkan Keterampilan Berbahasa
TARIKH PELAKSANAAN
07 Mac 2011 hingga 31 Mac 2011
MASA PELAKSANAAN
1. Waktu aktiviti Kokurikulum
2. Pengajaran dan Pembelajaran mata pelajaran
SASARAN
Semua murid Sekolah Kebangsaan GedokAKTIVITI-AKTIVITI SEPANJANG BULAN BAHASA MELAYU
- Kuiz Tatabahasa Tahap 2
- Pertandingan Mencipta Perkataan Tahap 2
- Pertandingan Teka Silang Kata Tahap 2
- Pertandingan Mengarang Tahap 2
- Pertandingan Deklamasi Sajak Tahap 2
- Pertandingan Syair Tahap 2
- Pertandingan Ejaan Tahap 1 dan Tahap 2
- Pertandingan Tulisan Cantik Tahap 1
- Pertandingan Tulisan Berangkai Tahap 2
- Pertandingan Mewarna Tahap 1
- Pertandingan Slogan Paling Kreatif (Terbuka)
- Pertandingan Buku Skrap Tatabahasa Bahasa Melayu (Terbuka)